57

*This post is in Malay language so sorry for lack of English. It is my pride as a Malaysian to post it in Malay. Last edited 31/08/14, 6.15 PM*

Malaysian-Flag

(Post ini bukan ditujukan kepada sesiapa. Sekadar luahan hati seorang rakyat marhaen.)

57. Angka ini memberikan erti yang bermakna buat kita kerana negara Malaysia sudah mencapai angka yang ke-57 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka. Ya, 31 Ogos 1957 sudah berlaku 57 tahun yang lalu.

Sebagai rakyat Malaysia, ini membuatkan kita merasa kagum dan bersyukur diatas nikmat kebebasan yang telah dikurniakan oleh Tuhan melalui rakyat marhaen yang sanggup berkorban demi mengejar status sebuah negara yang merdeka daripada anasir luar. Namun bukan ini yang ingin aku disampaikan.

Setelah 57 tahun detik ini berlaku, apakah yang telah kita sumbangkan kepada negara kita sebagai rakyat Malaysia? Minda kita masih ditakuk lama. Masih minda negara kelas ketiga. Iya, aku akui kadang-kala minda aku juga serupa seperti rakyat marhaen yang lain. Masih tidak dapat menerima hakikat yang abadi.

Kita masih memisahkan rakyat mengikut kaum. Kita masih mempunyai sentimen perkauman terhadap satu sama lain dan masih bergaduh hanya kerana perkara yang remeh seperti seketul ayat didalam sebuah novel. Kita masih melantik menteri yang sudah diketahui tidak melakukan kerja mereka dengan jujur.

Kita masih tidak berfikir dengan rasional sehingga mengiyakan perkara yang salah. Kita masih takut untuk berubah walaupun sudah jelas salahnya. Kita masih mengagung-agungkan produk luar negara yang sudah pasti “overpriced”. Kita masih mengutuk produk keluaran negara kita walaupun mereka berusaha memperbaiki produk mereka.

Aku tidak perlu untuk menyebut nama mereka atau maksudnya. Kalian sudah memahami segalanya. Namun kalian masih berdegil. Kita takut untuk berubah walaupun ia untuk kebaikan kita dan negara kita sendiri. Kita merasakan menteri-menteri itu tinggi kuasanya tapi tingginya tidak mungkin akan melawan tingginya kuasa Tuhan.

Bukan aku menyuruh kita menjadi seperti rakyat marhaen didalam cerita “V For Vendetta“, aku ingin kita menjadi diri kita sendiri. Kita tidak perlu takut dengan segala perkara. Takut hanya pada Tuhan sahaja. Sokong produk negara kita walaupun ianya pahit untuk ditelan. Sudah tiba giliran kita untuk berbakti kepada negara. Jika bukan kita, siapa lagi?

*Akulah Penyambung Warisan*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s